• Shortcuts : 'n' next unread feed - 'p' previous unread feed • Styles : 1 2

» Publishers, Monetize your RSS feeds with FeedShow:  More infos  (Show/Hide Ads)


Date: Friday, 02 Feb 2007 16:51

Bilik Majlis Perwakilan Pelajar
7hb Januari 1999


“Ok, sebelum kita start.. cikgu nak cakap something dulu.”

Cikgu Marpuaton memulakan sessi latihan pada malam itu. Aku yang dari tadi meluap-luap perasaan tidak sabar terpaksa akur pada tentatif majlis pada malam ini. Cikgu Marpuaton berdiri tegak di hadapan bilik MPP memulakan majlis.

“Inilah adalah latihan kita yang pertama. Jadi pada malam ini, kita akan mula mencari ahli-ahli baru untuk diserapkan pada pasukan pidato sekolah. Macam screen test nak carik pelakon jugak la kiranya. So, setiap dari kamu kat sini akan diuji. Mana-mana yang kami rasa ada potensi, akan dikekalkan. Mana-mana yang tak de potensi tu.. mintak map la yer. Cuba lagi di masa depan.”

Bilik MPP malam itu tenang. Ayun yang duduk di hadapan bilik itu tekun menatap kertas yang bertimbun di atas meja. Beberapa orang potensi lain kelihatan relaks sambil mendengar ucapan dari Cikgu Marpuaton dengan teliti. Cuma aku ketika ini sudah tidak sabar memulangkan buah paku keras pada Gadis Naga. Sesekali aku melirik pandang ke arahnya. Gadis Naga kelihatan selamba penuh keyakinan.

Manakala aku semakin tidak sabar.

“Jadi sebelum kita mulakan, terlebih dahulu saya ucapkan syukur kerana sekolah kita sekarang mempunyai seorang pemidato yang tersohor. Beri tepukan kepada Natasha, pemidato terbaik peringkat Negeri Selangor tahun lepas yang baru sahaja masuk ke sekolah kita pada tahun ini.”

What de hell? Best debater Selangor?

Natasha bangun memberi hormat. Bilik MPP gamat seketika dengan tepukan yang agak gemuruh diberikan oleh penghuni bilik. Sungguh aku tidak menyangka, si mulut lancang berperangai naga yang aku menyampah selama ini adalah pemidato terbaik Negeri Selangor.

“Beliau telah mendapat gelaran itu sewaktu Piala Perdana Menteri tahun lepas. Kami pihak sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit benar-benar berasa gembira dengan kedatangan beliau ke sekolah ini dan seterusnya membantu sekolah kita untuk Piala Perdana Menteri tahun ini”.

Semangat aku yang meluap sebentar tadi padam dijirus air. Gadis Naga yang bernama Natasha itu benar-benar berlatarbelakangkan seekor naga rupa-rupanya. Aku semakin berdebar.

Bagaimana aku hendak berkokok di hadapan garuda?
Takutkan garuda pada kokokan ayam jantan yang masih lembik balungnya?
“Jadi, saya jemput potensi baru yang pertama. Johari. Sile ke depan.”

“Err.. terima kasih pada Cikgu Marpuaton.”

Aku menggagahkan diri menuju ke depan menggantikan tempat Cikgu Marpuaton sebentar tadi. Degup jantung aku semakin berdebar. Niat di hati hendak mencampak penghinaan Natasha pada aku tadi semakin layu. Semangat yang aku canangkan sebentar tadi luluh hancur menyembah bumi.

Aku,
Salah mengambil langkah,
Silap membuat pengiraan,
Lawan yang kusangka lemah,
Tinggi darjat pangkatnya.

Engkau,
Bijak menyusun langkah,
Pintar mengukur rencana,
Lawan yang sememangnya kerdil,
Menggigil melihat taringmu.

Harus aku mengalah?
Sedang lawan belum kusanggah.
Harus aku menyentak?
Sedang lawan sedia bertindak.


“Err...”
“Mulakan Johari.” Cikgu Marpuaton mendesak.
“Yaa.. ya.. saya nak mula ni.”

Aku masih berdiri tegak dengan lidah kelu. Satu-satu persatu khalayak bilik MPP aku amati, satu-satu juga penuh dengan wajah tekun. Tekun menunggu aku memulakan hujah.

“Johari? Tunggu apa lagi? Mulalah!” Radio Cikgu Marpuaton mula menyesak.
“Haa..er.. ok ok.”

Ke mana hilangnya semangat?
Di mana tenggelamnya kobar?

“Jap, cikgu. Saya rasa dia tak paham kot dengan topik dia tu.” Ayun mencelah.

Dari tempat duduknya, Ayun bangun dan mendatang kepada aku. Raut wajahnya penuh dengan tanda-tanya. Aku memandang Ayun dengan sayu minta simpati.

“Weh, ko ni kenapa?”
“Tak boleh sehh.. aku takut!”
“Cis! Takut apenya? Jangan malukan diri ko depan Marpuaton tu! Mana hilang confidence ko tadi?”
“Tadi je aku ada confidence, la ni aku dah jadik kayu!”
“Kamon Jo, semangat la sikit!”


Ayun berlalu dan kembali ke tempatnya semula. Aku masih tercegat di hadapan bilik MPP bagai menunggu giliran untuk disembelih. Sekejap aku memandang ke arah Natasha. Di bibirnya tersurat satu senyuman menghina terhadap aku.

“Dah? Dah ready dah Jo? Kita tak banyak masa ni. Cepat la start!!” Trompet Cikgu Marpuaton kembali bersemboyan.

“Err.. saya nak pegi toilet kejap boleh cikgu?”

Tanpa menunggu jawapan dari Cikgu Marpuaton, aku terus menyusun langkah menuju ke pintu bilik MPP. Ya, di saat-saat ini aku harus lari jauh dari tempat ini. Aku tidak sanggup berhadapan dengan Ayun. Aku tidak sanggup melawan Natasha sang pemidato terbaik Negeri Selangor.

Biarlah,
Maruah yang dipijak, biarkan terkubur.
Semangat yang dibina, biarkan bertabur.
Mengapa perlu dimulakan perang,
Jika sedari awal sudah tahu pastikan tewas?

“Orang penakut macam ni memang kita tak boleh ambil jadi debater cikgu. Diorang ni cakap aje lebih, macam tin kosong!”

Ayat itu meluncur keluar dari mulut Natasha. Kata-kata itu ditujukan tepat kepada aku ketika ini. Serta-merta kaki aku keras di hujung pintu. Hati aku panas mendengar hinaan sebegitu rupa. Aku menoleh ke arah Natasha dan beliau dengan wajah riaknya sekadar menjeling pada aku bagaikan melihat seekor anjing di tepi jalan.

“Ok Cikgu, saya dah ready.”

Aku membatalkan niat aku daripada lari dari bilik ini. Sudah cukup rasanya penghinaan yang aku terima malam ini. Semuanya aku harus balas! Setiap satu akan aku tebus semula malam ini!

“Merujuk pada kertas ni, saya diberi tajuk hujan emas di tempat orang, hujan batu di tempat sendiri.. baik lagi di tempat sendiri.”

Aku memandang Cikgu Marpuaton untuk memberi laluan bagi aku meneruskan bicara. Cikgu Marpuaton mengangguk.

“Hujan emas di tempat orang, hujan batu di tempat sendiri ni merupakan peribahasa yang bermotifkan falsafah yang digunapakai oleh masyarakat melayu sekian lamanya. Maksudnya di sini.. walau bagaimana bagusnya di tempat orang, tempat tumpah darah kita juga adalah tempat yang terbaik. Disebabkan kertas ini menyuruh saya membincangkan tentang hal ini, maka saya hendak membincangkan hal ini dari sudut lain pula.”

Mukadimah aku berjalan lancar. Ayun tersenyum melihat aku kembali bersemangat. Ya, semangat aku kali ini adalah untuk menebus kembali kata-kata nista  Natasha sebentar tadi.

Aku bukan penakut!

“Secara umumnya, kita tahu bahawa kesusasteraan Melayu diwarisi dari mulut ke mulut. Maka, tidak ada istilah copyright atau trademark dalam sastera Melayu lama. Apa yang kita warisi, itulah yang kita ikuti. Kerana saya berpendapat, prinsip ini salah. Prinsip ini sudah basah dek hujan, sudah lekang dek panas. Seharusnya, kita jangan sekali-kali terpengaruh dengan prinsip ini yang sudah lapuk.”

Cikgu Marpuaton memandang aku dengan wajah yang pelik. Namun, dianggukkan juga kepalanya sebagai tanda memberi ruang kepada aku meneruskan kata.

“Secara logik akalnya, hujan emas itu lebih baik daripada hujan batu. Daripada kita terperap duduk di tempat kita bertemankan batu, bukankah baik jika kita pergi kutip emas di tempat orang?”

Natasha mengangkat tangan mahu memotong.

“Saudara Johari yang budiman,  kita membincangkan tentang konsep, bukan secara logik. Sila balik ke tajuk asal dan jangan lari daripada topik sebenar.”

“Terima kasih saudari Nagasha..Eh, Natasha. Betul, tapi cuba fikir sedalam mungkin. Kalo betul hujan batu tu elok sangat, kenapa susah payah belanjakan berpuluh juta ringgit setiap tahun untuk menaja pelajar kita ke luar negara? Adakah edukasi hujan batu di tempat kita ini tidak bagus?”

Natasha terdiam. Beliau kembali duduk. Kata-kata aku tidak sanggahnya lagi. Aku bagaikan mendapat kemenangan pertama, makin laju otak putar alam aku bergerak menjana idea.

Horait.. 1-0!

“Bagi saya selaku potensi baru malam ini, saya memang sama sekali tidak bersetuju dengan konsep hujan emas ini. Bukan sahaja ia membaha..”

Natasha mengangkat tangan.

“Yer, ada apa cik Natasha?”

“Konsep hujan emas ini sebenarnya merujuk kepada faktor persekitaran dan adat resam sekeliling.Bukannya dalam bidang edukasi. Kalo awak nak cerita pasal edukasi, awak dah tersalah konsep. Lagipun awak tak layak nak bercerita tentang sistem edukasi Malaysia. Awak bukan Menteri Pendidikan.”

“Terima kasih cik Natasha. Terima kasih kerana memalukan diri sendiri. Tiada dalam kertas ini yang mengehadkan saya bercakap tentang edukasi. Tertulis di sini.. bahaskan. Jadi saya bahaskan dengan skop yang saya rasa relevan. Sile duduk dan bukak telinga luas-luas yer?”

“Boleh saya sambung ayat saya Cikgu Marpuaton?”

“Sila-sila.”

Natasha kembali duduk.
Sememangnya, kemenangan kedua berpihak kepada aku.

Yeehaa.. 2-0 !

“Tadi kite bercakap dari sudut pendidikan. Cube kite renung dari sudut sejarah. Konsep ini sebenarnya langsung tak masuk akal. Tengok betapa rakusnya penjajah barat dulu datang ke Nusantara. Habis diangkutnya harta kita untuk diberi kepada Raja diorang. Ranap habis kerajaan Melaka dek penjajahan diorang di sini. Terbukti konsep ini salah. Bagi diorang, hujan emas tu ada kat Nusantara ni. Itulah sebab diorang datang dan ambil semua emas tu. Dah hujan batu kat tempat diorang, takkan nak kasi raja diorang pakai batu?”

“Kerajaan Eropah pada masa lampau tidak pernah menggunakan peribahasa ini. Bagi mereka, Nusantara adalah lubuk emas yang harus dijajah dan dirampas. Maka, oleh sebab hujan emas di Nusantara ini sangat lebat pada ketika itu, mereka mengambil keputusan untuk menjajah terus dan mengangkut setiap titis hujan emas dan dibawa pulang sebagai hadiah kepada raja mereka...”

Natasha mengangkat tangan.

“Yer, nak apa Natasha?”

“Encik Johari, awak ini memang tak pandai menaksir sejarah. Penjajah barat datang ke Nusantara sebab jalan perdagangan di Asia Timur dikuasai oleh Islam pada ketika itu. Maka, bahan mentah susah nak diperoleh. Kalo ade pon, dijual dengan harga yang mahal kepada pedagang Eropah. Sebelum buat statement, kaji la sejarah dulu yer. Tolong la jangan pandai-pandai buat statement sesuka hati”

“Cik Natasha, saya tahu perempuan lebih banyak bercakap daripada lelaki sebab perempuan ada dua mulut. Saya rasa, kamu yang patut selak buku sejarah. Ada tiga sebab penjajah barat datang ke nusantara. Gold, Gospel, Glory. Faktor kekayaan, faktor dakwah dan faktor kemasyhuran. Diorang datang bukan setakat nak pecahkan monopoli Islam dalam sektor perdagangan, tapi jugak nak menyebarkan dakwah Kristian dan kemasyhuran bangsa mereka.Dengan menakluk kerajaan di Nusantara, maka pedagang Eropah telah berjaya menguasai perniagaan rempah. Menguasai perniagaan rempah bermaksud menyesakkan nafas pengaruh Islam di Asia Timur. Bukan itu sahaja, masyarakat Eropah ketika itu berlumba-lumba menjajah timur. Selepas kejayaan Sepanyol menakluk Goa, mereka terus memasang hajat menakluk Nusantara. Kebetulan, Nusantara ketika itu sedang berkembang daripada segi ajaran Islam. Melaka pada ketika itu menjadi pusat ekonomi timur dan pusat penyebaran agama Islam.”

“Tapi..”

“Duduk situ diam-diam, biar aku habiskan ayat aku dulu. Jadi, jika diambil iktibar daripada konsep hujan emas ini.. seharusnya masyarakat melayu kita mengambil kesempatan yang sepatutnya. Jika benar hujan emas di tempat orang, bukankah bagus jika kita kutip emas itu semua dan bawa balik ke negara kita? Janganlah sebegitu bodoh duduk di tempat sendiri yang menjanjikan batu tiada nilai. Ambil pengajaran dari setiap yang berlaku di tempat orang. Belajar cara hidup mereka. Lihat bagaimana caranya mereka mengendalikan perniagaan misalnya.”

Natasha kembali duduk.

Yey! 3-0 !!

“Bukan sahaja terbatas pada bidang edukasi sahaja malahan haruslah lebih global seperti bidang pekerjaan. Adalah tidak logik melabelkan rakyat kita yang bekerja di luar negara sebagai tidak patriotik sedangkan mereka disana mengumpulkan kembali sisa-sisa emas kita yang telah penjajah barat rampas suatu ketika dulu.”

Natasha mengangkat tangan.

“Yer, Natasha.. awak boleh duduk.”

Cayalah!! 4-0 !!

Natasha yang kemaluan duduk semula kerana aku tidak memberi jalan untuk beliau memintas. Padan mukanya. Jelas kulit wajahnya yang kuning langsat itu bertukar perlahan-lahan ke warna merah. Aku tidak pasti sama ada merah itu malu atau merah itu tandanya marah.

“Saya bukannya berniat supaya kita mengikut jejak langkah penjajah barat dahulu. Penjajah barat dulu sombong dan angkuh. Diorang ingat, bangsa lain pada mereka adalah bangsa yang lemah dan bodoh. Mereka sangka, mereka pencetus tamadun, pembawa kemajuan kepada tamadun lain. Tu pasal dia selamba datang jajah kita. Tapi kita jangan ikut diorang. Saya tak suruh anda semua angkat senjata pegi jajah mereka balik. Tidak. Tapi, jika kita ada kesempatan untuk memulakan kehidupan baru di tempat orang.. silakan. Kalo ade peluang kita melanjutkan pendidikan di tempat orang, pergilah. Kalo ada peluang perniagaan di tempat orang, kembangkanlah.“

“Tiada gunanya hidup di bawah tempurung. Jika benar mahu menjadi katak, maka jadilah katak di dalam makmal kimia. Walaupun bodoh sekadar hidup di dalam tabung makmal, sekurang-kurangnya masih mampu melihat peradaban dunia luar. Janganlah menjadi katak di bawah tempurung. Hidup bodoh dan kolot di bawah tempurung. Tidak mampu  keluar dan tidak nampak dunia luar.”

“Jadi, saya menyimpulkan di sini bahawa.. konsep hujan emas itu sudah tidak relevan dengan kehidupan kita. Jika perlu keluar ke tempat orang yang menjanjikan hujan emas, pergilah. Hujan batu yang lebat di tempat kita memang tiada nilainya. Mungkin batu-batu yang turun dari hujan itu kita boleh jadikan pondok tol yang ke-105 di Lembah Klang nanti. Sekian.”

Aku menghabiskan topik perbahasan aku dengan tenang. Aku memandang sebentar ke arah Natasha. Geli hati aku melihat wajahnya yang masam dan bersilang tangan ketika ini.

“Ok Johari, terima kasih. Kami akan menilai prestasi awak. Jika awak berjaya, kami akan panggil awak untuk sesi latihan berikutnya.”

“Tima kasih cikgu.”
“Awak boleh balik kelas awak sekarang.”

Dan aku melangkah keluar dari bilik MPP dengan muka bangga. Bangga dapat membisukan debater terbaik Selangor. Bangga dapat menikuskan Natasha. Walaupun aku tidak benar-benar menunjukkan telur di dalam seluar aku, sekurang-kurangnya aku menampakkan pada dia maksud telur yang sebenar. Sebelum aku melepasi pintu bilik MPP, sempat aku mengangkat kening berterima kasih pada si kecil Ayun.

Author: "--"
Send by mail Print  Save  Delicious 
Date: Monday, 22 Jan 2007 04:32

Prep petang
6hb Januari 1999

2 libasan rotan mendarat tepat ke buntut kematu aku menandakan hukuman yang secara peribadi aku rasa tidak setimpal ke atas kesalahan aku. Sidang disiplin sekolah telah sebulat suara mengenakan hukuman itu pada aku setelah mendapat pengaduan verbal daripada guru kesayangan ramai, Cikgu Nurul yang mengajar matematik. Pengaduan berkisar tentang ketidakhadiran aku ke kelas dan juga kenakalan aku di dalam kelas.

Yang peliknya, langsung tiada kisah duster white board yang terbang melayang ke kepala aku disebut oleh Cikgu Nurul. Yang kerap kali disebutnya adalah: murid ini biadap, murid ini berpotensi menjejaskan imej sekolah dan murid ini perlukan pemerhatian rapi daripada lembaga disiplin sekolah. Jadi, apa yang harus kita katakan pada seorang guru yang membaling duster white board ke kepala anak muridnya? 

Guru cemerlang?
Guru terbilang?
Guru temberang?

Aku yang tidak mahu memanjangkan kes ini, sekadar mengaku kesilapan aku dan merelakan buntut nipisku disesah rotan. Kebetulan, guru yang bertanggungjawab melaksanakan hukuman itu adalah Cikgu Husin. Maka, hukuman itu berlaku dalam suasana malu dan penuh kesakitan dek penangan “arnab” peliharaannya yang setebal 1 inci itu (Arnab di sini merujuk kepada rotan. Sila jangan ada pemahaman lain).

Aku dilibas di luar pejabat sekolah dengan disaksikan oleh pelajar-pelajar yang lalu lalang di koridor sekolah. Malunya tuhan saja yang tahu. Rakan-rakan seperjuangan aku sekadar mampu berbisik-bisik sesama sendiri di koridor kelas menyaksikan penderaan ini. Lebih menyakitkan hati aku, hanya aku sahaja yang dikenakan hukuman.

Mana gadis bertudung labuh yang berperangai naga itu?

Pasti ini kerja-kerja pihak sekolah yang penuh dengan birokrasi dan mengamalkan diskriminasi jantina. Ya, sekurang-kurangnya aku mahu melihat buntut gadis juga disesah dengan rotan. Manalah tahu, mungkin dari libasan rotan itu, gadis itu akan melakukan sesuatu yang..

Astaghfirullah!

Cepat-cepat aku memotong imaginasiku daripada terus terbang tinggi ke maqam serakah. Selesai dimalukan di luar pejabat sekolah, aku bergegas menuju ke kelas 5 Berlian. Aku mahu berhitung dengan gadis bertudung labuh yang mengakibatkan aku dirotan sebentar tadi. Selaku seorang belia harapan negara penegak bangsa yang berambut megi, aku harus melakukan sesuatu. Perlu diingatkan, tiada diskriminasi jantina di dalam kamus tatacara adab dan akhlak aku. Jika perlu disepak, lelaki mahupun perempuan akan aku sepak tanpa kompromi. Cuma yang berbeza, ialah lokasi sepakan itu didaratkan.

Jika lelaki, lokasi itu berkisar di kawasan badan.
Jika perempuan, lokasi itu bertempat di kawasan yang perlu dirahsiakan seperti di..

Astaghfirullah!

Akhirnya aku tiba di kelas 5 Berlian. Mata aku melilau mencari kelibat gadis berperangai naga itu. Demi memudahkan pembacaan dan penceritaan, aku namakan beliau dengan Gadis Naga sahaja. Cukup padat sebagai sinopsis perangainya yang menyusahkan orang itu.

Tiada.
Kelibat Gadis Naga tiada di situ.

“Sharia, wey.. mane budak baru tu?”
“Budak baru? Yang laki ke.. yang pompuan?”
Eh, ade budak baru lain ke?

“Haik? Ada budak baru lain ke?”
“Ada laa.. yang laki ikut Maahad pegi kantin. Yang pompuan tu.. apsal ko nak tau?”
Apsal sumer budak baru masuk kelas ko? Ape yang best sangat kelas ko ni?

“Ada hal sket.. cakap la dia pegi mane?”
“Dia pegi jumpe Marpuaton kat Kuaters Guru.”

Ayun mencelah dari belakang Sharia. Sebagai membantu penceritaan, Sharia adalah salah seorang pelajar perempuan kelas 5 Berlian. Dianugerahkan dengan badan yang berangka besar, molek benarlah aku tidak perasan langsung akan kehadiran Ayun yang anatominya sehalus smurf itu. Bayangkan, melihat Sharia berdiri di pintu sahaja sudah mampu menutup penglihatan aku di dalam kelas. Beliau bukannya lebar dari segi paksi-x, tetapi tinggi dari segi paksi-y. Paksi-z? Ah, tiada komen. Cukup aku katakan di sini bahawa paksi-znya adalah berkadar terus dengan paksi-xnya pada kecondongan m bernilai ½.

Tak paham? Balik bukak buku teks matematik. Bodoh!

“Mane ko tau Ayun?”
“Tadi aku nampak dia naik kete Marpuaton. So, aku assume dia balik rumah Marpuaton la kot. Takkan melencong pegi Jusco btul tak?”

Aku berfikir sejenak. Marpuaton adalah nama samaran kepada Cikgu Marpuaton. Cikgu Marpuaton adalah salah seorang guru yang berkasta tinggi di Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit ini. Dibekalkan dengan portfolio mengajar Bahasa Melayu di tingkatan empat dan lima, beliau juga turut dianugerahkan suara yang kuat. Suara yang kuat ini secara fiziknya boleh disamakan dengan amplitud atau dalam bahasa penjajahnya, amplitude.

“Tak pe la Ayun. Malam nanti la aku carik dia.”

“Wokay..eh, jap. Tunggu jap Jo.”

Ayun melangkah kecil menuju ke tempatnya semula dan mengambil sesuatu. Sharia pula telah kembali ke tempat duduknya. Aku melihat-lihat sekeliling. Axe dan Sat telah selamat beradu. Anep dan Azidi sedang leka mendengar walkman yang diseludup dari asrama. Pelajar lelaki yang lain, rata-ratanya sedang memakukan mata pada buku di atas meja. Selaku kelas yang paling pandai, layaklah mereka berkelakuan begitu. Belajar. Balajar dan belajar. Pelajar perempuan pula, 80% daripada mereka sedang menghangguk-hanggukkan kepala mereka. Pasti di sebalik tudung mereka juga berisi walkman. Pasti mereka sedang mendengar lagu daripada cd, kaset mahupun radio. Pandai benar mereka mengeksploitasi tudung demi menyorokkan walkman. 

“So macam mane? Ko nak join mane satu?”

Ayun menyuakan sehelai kertas kepada aku. Kertas itu dibuka. Tertera tulisan cakar ayam yang bertulis: Persatuan Bahasa Melayu a.k.a Perbayu.

“Aku tak pasti lagi la Ayun.. susah aku nak buat semua-semua ni..”
“Bukan suruh ko join semuaa.. ko try satu je dulu..”
Alahh.. mane reti ni.

“Teater ko tak nak join?”
“Tak kot.. aku tak reti aa nak berlakon.”
Hish, ko ni tak reti bahase ke?

“Ramai awek hot mantap-mantap kat sana.. ko tak nak join?”
“Tak moh!”
Eleh, awek hot tu sumer aku boleh tengok masa training hoki.

“Ko demam ke Jo? Sejak bile ko tak suke tengok awek hot?”
“Ayun, aku nak balik ke pangkal jalan ok?”
Ada tasbih dalam poket seluar aku ni ko tau?

“Huik? Bukan ke tengok awek hot tu memang pangkal jalan ko?”
“Hahaha.. demit!”
Cis, kantoi!

“Hehe.. ok ok, so skang pilih mana satu.”
“Humm.. satu pon aku tak mampu Ayun.”
Ko ni memang tak reti bahase yer Ayun?

“Cam ni lah Jo. Aku penah terbaca kat Majalah Depan-Model-Separuh-Bogel-Belakang-Hadis-Nabi. Majalah tu tulis.. orang berambut megi ni, otak dia macam megi jugak.”

Ah, tipu! Mana ada orang baca majalah tu!

“Memang la otak kite macam megi. Ko tak penah bukak buku biologi ke?”
“Tak, maksud aku.. idea dia. Orang yang berambut megi ni...idea dia bercabang. Bergeliga. Sentiasa ada cabang nak dipusing, nak putar alam semua..”

“Dah tu?”
“Aku cadangkan ko join debate.”

Debate ??”
“Ye lah, di samping ajar ko jadik lelaki yang berconfidence, kan dia boleh ajar ko berfikir dengan cepat, tepat dan betul?”

“Tapi tu tagline polis. Aku tak nak jadik polis.”
“Bodo la ko ni Jo. Bile pulak aku suruh ko jadik polis. Aku suruh ko join debate.”

“Hmm.. leceh la. Aku mane reti nak bercakap ni. Bile diorang start practise?”
“Malam esok kat bilik MPP.”

“Esok?? Alaa.. malam la pulak. Habislah prep malam aku membazir cam tu aje. Siapa yang ajar kelas debate tu?”

“Cikgu Marpuaton akan ajar.”
“Aiseh.. cikgu tu tak nak la aku. Suara macam halilintar membelah bumi. Tak best!”

“Hehehe.. aku tunggu ko kat sana Jo, datang la ek?”
 

*************

Prep malam
7hb Januari 1999

Akhirnya aku tewas dengan pujukan Ayun.

Aku menuju ke bilik MPP. Prep malam ini aku abaikan. Sebenarnya, hanya 30% sahaja daripada populasi sekolah ini yang menggunakan sepenuhnya masa prep malam. Disebabkan  sekolah ini agak dekat jaraknya dengan ladang kelapa sawit, maka waktu malam adalah masa untuk agas dan nyamuk hutan datang bertanyakan soalan. Pertanyaan agas dan nyamuk hutan ini selalunya ditanyakan di bahagian kaki. Habis berbintat-bintat kaki kami diserang soalan-soalan daripada makhluk Tuhan ini. Kadang-kala, soalan mereka terlalu sukar untuk dijawab sehinggakan kami terpaksa mengimport kepakaran Encik Ridsect membantu. Alhamdulillah, pertolongan Encik Ridsect selalunya tidak mengecewakan. Ramai makhluk Tuhan ini yang menyesal dengan soalan-soalan mereka.

Akhirnya aku tiba di hadapan bilik MPP. Di atas pintu ini tertera papan rentang yang bertulis: Bilik Majlis Perwakilan Pelajar. Di pintu pula tertulis:  Masuk jika ada urusan. Ya, aku mempunyai urusan pada malam ini. Maka, bilik sidang Perwakilan Pelajar ini pada malam ini akan dicemari aku. Aku menolak pintu bilik MPP perlahan-lahan. Tidak ramai yang menghadiri latihan malam ini. Keseluruhan mereka berjumlah tidak lebih dari 10 orang. Cikgu Marpuaton di hadapan kelas memandang aku dengan kehairanan. Ayun berada di sebelah Cikgu Marpuaton tersenyum melihat kehadiran aku.

“Johari! Awak buat apa kat sini??”
“Err.. datang nak tengok orang practice pidato cikgu.”
Apsal jerit macam nampak Leonardo diCaprio cikgu?

“Kalo datang nak tengok, tak boleh. Tapi kalo datang nak join sekali.. boleh. Awak nak datang tengok ke nak datang join?”
“Err.. kalo bole, saya nak tengok-tengok dulu lepas tu baru..”

“Kalo datang nak tengok, tak boleh. Awak tak dengar ke saya cakap apa tadi??”
“Ah, kalo cam tu.. tak pe lah cikgu!”
Bangang punye cikgu! Bagilah aku habis cakap dulu!

Niat aku untuk menjinak-jinakkan diri dalam dunia debate gagal. Maaf Ayun, telah aku cuba untuk membuat sesuatu yang baru tahun ini, tetapi digagalkan oleh dentuman kilat radio Cikgu Marpuaton yang amplitudnya setinggi 19,600 desibel. Ya, hampir mendekati desibel maksima yang boleh didengari oleh telinga manusia. Aku sedang berkira-kira mahu memancitkan tayar Cikgu Marpuaton tatkala aku dikejutkan oleh sergahan di belakang.

“Wey, baru kena sound macam tu.. dah lari?”

Aku toleh ke belakang.

Gadis Naga. Beliau sedang tajam merenung aku dari atas ke bawah. Aku teringat kembali akan hukuman rotan 2 libas yang aku terima semalam. Entah vitamin apa dimakannya sehinggakan dia terlepas daripada hukuman.

“Bukan takut, malas aku nak melayan Marpuaton tu.”
“Kalo ko nak join budak-budak debate ni.. join aje la.”
Ngapelah pompuan cantik cam ko ade perangai berok macam ni.

“Aku bukan nak join, aku nak tengok aje.”
“Tengok je la.. sape nak larang?”
Kerek seh.. lempang nak?

“Tu.. Marpuaton tu larang.”
“Helleh, kalo kena sebat dengan rotan boleh tahan, kena baling duster white board bole kontrol, takkan kena sergah dengan cikgu dah takut kot?”
Tu diaa... mulut laser naga dah kluar..

“Eh, mane ko tau aku kena baling duster?”
“Adalah orang bagitau..”
 
“Cam mane ko bole lepas tak de kena ape-ape? Ko bela toyol yer?”
“Beb, aku tak main la guna toyol nak lepas bende-bende kecik macam tu seyy... “
Jangan cakap kat aku ko sorok toyol bawah tudung.. Hah! Tu apa yang besar semacam tu??

“Dah tu? Cam mane ko bole lepas?”
“Itu ko tak payah sebok-sebok nak tau. Ko nak masuk ke tidak ni?”
Demit, kerek cam haram!

“Ah, malas aku! Persatuan bodoh. Yang join persatuan bodoh ni pon budak-budak bodoh jugak.”
“Ke ko takut? Tak de telur ke beb?”

+ Pstt... abang, minah ni dah over ni. Adik yang tengah cergas dalam seluar ni dia bole tak nampak bang?
- diam la adik. Karang abang lempang ko karang.

“Telur? Ada telur ni haa.. kalo ko nak tengok, kena pegi toilet la tapi...”
“Heh, bangang. Beb, ko simpan aje la telur ko tu. Peram jadik telur tembelang.”

Dan Gadis Naga meneruskan langkah masuk ke bilik MPP dengan meninggalkan aku jelingan tajam.

Eh, dia buat apa kat dalam tu?

Benar Tuhan itu maha kaya. Benar ciptaannya maha seimbang. Perempuan cantik yang diciptanya yang aku beri nama jolokan sebagai Gadis Naga ini turut dibekalkan dengan perangai naga setara dengan perangainya. Dan, maha seimbang juga ciptaannya, aku yang dilahirkan kacak, bersopan santun, gagah, ceria dan mampu mengawal kentut ini turut dibekalkan dengan rambut megi sebagai penyeri.

Simpan telur jadik telur tembelang yer? Ok, aku tunjuk kat ko telur aku skang.

Tercabar dengan cemuhan Gadis Naga, aku menolak pintu bilik MPP dan masuk menuju ke Cikgu Marpuaton. Sempat aku mengerling ke arah Gadis Naga yang sedang duduk di barisan hadapan berhadapan dengan Cikgu Marpuaton. Ayun yang masam wajahnya ketika aku diherdik keluar oleh Cikgu Marpuaton terkejut dengan kemasukan aku semula.

“Kan saya kata tadi, kalo nak tengok-tengok tak boleh masuk!!”
“Saya nak join bole ke cikgu?”
Argghh.. guruh! guruh! Tolong! Tolong!

“Haih, orang cam awak nak join debate? Boleh ke??”
“Haih, cikgu macam ni nak ajar budak-budak debate? Layak ke??”
Hambek obat!

Terdiam Cikgu Marpuaton. Aku tahu dia malu dan marah aku membalas sebegitu. Padan mukanya. Merah padam mukanya menahan malu dan marah sebegitu. Aku melebarkan sengihan. Aku sendiri pun tidak menjangka ayat sebegitu keluar dengan lancar. Gadis Naga sekadar mencebir bibir mendengar aku menjawab soalan Cikgu Marpuaton secara spontan sebentar tadi. Ayun di sebelah secara diam-diam menaikkan ibu jarinya yang comel sebagai tanda setujunya dengan tindakan aku.

Malam ini,
Ayam jantan mahu mendengarkan kokok,
Taji di kaki bersedia dihunus,
Balung di kepala tegak bersedia,
Paruh panjang elok berasah,

Tika ini,
Bukan ego mahu aku tunjukkan,
Bukan benang mahu aku tegakkan,
Bukan riak mahu aku agungkan,
Bukan sombong mahu aku canangkan

Hanya mengejar maruah yang diinjak,
Demi menebus cemuh yang dilontar,

Bangun Jebat!
Sudah sampai masanya engkau keluar!

 
“Ambil kertas ni. Dah tu carik tempat duduk diam-diam. Kejap lagi saya nak test awak.”

Cikgu Marpuaton memberi arahan. Aku mengambil kertas dan melangkah gagah menuju ke tempat yang disediakan. Kertas itu aku amati dengan tajam. Mata aku berniar cemerlang. Otak aku yang bercabang bagaikan megi ini mula menunjukkan belangnya. Hikmat putar alam aku jana. Geliga otak menampakkan cemerlang cahayanya.

Sebentar nanti, maruah yang dipijak Gadis Naga akan aku renggut kembali dan campak tepat ke wajahnya yang cantik itu. Aku sempat menjeling ke arah Gadis Naga. Sempat dia menjelir lidahnya ke arah aku.

Nak tengok telur aku yer gadis naga? Jap lagi aku tunjuk.

Author: "--"
Send by mail Print  Save  Delicious 
Date: Tuesday, 09 Jan 2007 04:16

Dewan Prima
6hb Januari 1999

Seperti yang dijangka, aku lewat tiba ke perhimpuan pertama tahun ini. Mujurlah pengetua dan pasukan keselamatannya masih belum tiba. Dari belakang, aku berjalan selamba menuju ke depan ke barisan ketiga dari hadapan. Tahun ini, pihak pentadbiran sekolah telah merombak susunan pelajar. Kami yang paling tua, dimestikan berada di barisan hadapan. Diikuti dengan pelajar tingkatan empat, tiga, dua dan akhir sekali pelajar tingkatan satu. Motif rombakan kedudukan adalah kerana hobi kami yang gemar tidur di dalam perhimpuan. 80% daripada populasi kami tingkatan lima memang menjadikan perhimpuan sebagai tempat tidur. Berbeza dengan sekolah-sekolah lain yang perlu duduk di atas lantai ketika perhimpuan, kami dibekalkan dengan kerusi plastik. Dalam hal tidur sebegini, memang diakui ramai akan kefleksibilitian kami. Surau, padang, kantin mahupun tandas. Seelok sahaja aku melabuhkan punggung, ,mata aku terus layu.

Announcing, the arrival of Tuan Pengetua bla bla bla..”

“Jo, weh bangun!”

Harry di sebelah aku mengejut aku bangun. Nasib baik belum sempat air liur basi meleleh keluar. Aku bangun dalam keadaan mamai menyaksikan Pengetua dan pasukan keselamatannya masuk ke balairong perhimpuan. Pasukan keselamatan di sini bukanlah bermaksud pasukan polis ataupun askar. Jauh sekali adat istiadat tentera udara ataupun tentera laut. Pasukan keselamatan Pengetua dibarisi oleh Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Akademik beserta ketua murid.

1 jam berlalu, perhimpuan telah selesai. Bagai itik pulang petang, para pelajar sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit bergerak pulang ke kelas masing-masing. Tragedi Tok Sungkur jatuh masih belum kedengaran. Maknanya, buat sementara waktu, aku selamat. Tidak perlu aku terlibat dengan edisi soal-siasat oleh barisan guru disiplin sekolah yang kelihatan garang seperti Sahara Yaakob.

Nak takut ape? Bukan aku yang tolak dia jatuh.

Hari pertama persekolahan bermula dengan kehadiran seorang guru yang kurang aku gemari. Kelibat Cikgu Nurul melangkah masuk ke kelas 5 Delima.

“Bangun!”
Along selaku ketua tingkatan memberi arahan.

“Selamat Pagii..... cikgu!”
Selamat pegii... cikgu!

“Selamat pagi, duduk semua.”

Cikgu Nurul meletakkan buku-bukunya di atas meja guru. Diperbetulkannya kedudukan cermin matanya yang terletak di hidung. Senyuman manis tapi serius ditontonkan kepada kami. Ah, senyuman yang penuh bahaya dari seorang guru yang bermulut laser.

“Sebelum cikgu mula nak mengajar hari ini, cikgu ada bende sikit nak cakap.”
radio dah start bunyi dahh...

“Kamu tahu tahun ni kamu semua akan SPM. So, cikgu harap kamu semua boleh concentrate pada studies kamu. Kamu harus ingat..”

Cikgu Nurul merupakan guru wanita yang bertanggungjawab mengajar subjek yang diberitakan mengalami keciciran di kalangan pelajar luar bandar khususnya pelajar Melayu. Matematik. Aku benci subjek ini. Kata orang, tidak sesuai dengan jiwa aku yang manja ini. Jika diberi kesempatan, aku mahu pulang ke masa lampau dan memukul Phytagoras yang bijak benar menjumpai teori segitiganya. Mungkin aku sepatutnya menggantikan buah epal yang jatuh ke atas kepala Isaac Newton dengan buah durian. Atau mungkin membakar rumah Al-Farabi seperti mana yang terjadi kepada Nicola Tesla, manusia yang pernah suatu ketika dahulu pernah menakutkan syarikat minyak dengan penghasilan elektrik percuma.

Pendek kata, cacatkan semua tokoh ilmuan zaman lampau.

Disebabkan radio sudah mula berbunyi, maka aku mengambil sikap acuh tak acuh dengan kata-kata semangat yang kedengaran. Mungkin sudah menjadi kebiasaan aku yang keras kepala ini, apa yang orang cakap jarang benar aku ambil iktibar. Dengan kedudukan aku di belakang kelas bersebelahan tingkap, maka sempatlah aku mengelamun melihat-lihat suasana di luar.

Aku tahu tahun ini merupakan tahun yang kritikal untuk aku. Keputusan peperiksaan awam ini bakal menentukan nasib aku sama ada aku berupaya untuk menyambung pelajaran ke tempat yang lebih tinggi, atau menjadi kutu rayau untuk 2 tahun akan datang. Buat masa sekarang ini, aku tak nampak ke mana hala tujuan aku. Belajar sampai ke universiti adalah impian emak. Tapi, bagaimana dengan impian aku? Siapa yang akan merealisasikan impian aku?

Ape impian ko Jo?

Itu satu soalan yang aku tak mampu nak jawab. Yang menjadi persoalan sekarang, kenapa aku perlu merealisasikan impian emak padahal tiada seorang pun yang mahu merealisasikan impian aku. Aku rasa, itu adalah sesuatu yang tidak adil. Sepatutnya aku harus berusaha merealisasikan impian aku sendiri. Remaja berambut megi seperti aku umumnya dikurniakan impian yang agung.

Tapi, apa impian ko Jo?

Aku nak rebonding rambut aku ok tak?

Mata aku menangkap susuk tubuh 2 orang manusia di luar kelas berjalan menyusuri koridor. Seorang berpakaian biasa, seorang lagi berpakaian sekolah. Sempat aku melihat wajah 2 orang manusia itu. Yang berpakaian biasa itu Cikgu Ima. Yang berpakaian sekolah bertudung labuh itu pula adalah seorang perempuan yang..

Mak aih, lawa gile!
Awek mane tu?
Budak baru ke?

Aku tidak pernah lihat perempuan itu sebelum ini. Disebabkan beliau berjalan di kaki lima koridor empunya pelajar tingkatan lima maka, dapatlah aku buat kesimpulan bahawa perempuan cantik itu mungkin pelajar baru. Aku berharap benar jika perempuan cantik ini masuk ke kelas aku. Beruntunglah jejaka-jejaka gersang di kelas 5 Delima ini. Dan aku tahu, yang paling beruntung adalah aku. Sebab perempuan cantik suka dengan lelaki berambut megi macam aku. Lelaki berambut megi yang kachak, mulia, jujur, peramah, menghormati ibu bapa, gemar menonton siaran sukan dunia dan berkarisma.

Mata aku sempat bertembung dengan matanya. Aku sedari tadi sudah bersedia dengan wajah paling menawan ala model seluar dalam Renoma, memandang pelajar perempuan itu dengan senyuman yang paling jelita.

Nasib aku kurang baik.
Dijelingnya aku dengan wajah cuka.

Demit! Main jeling-jeling lak.

Gadis itu yang ditemani oleh Cikgu Ima lurus berjalan menuju ke kelas 5 Berlian. Ah, malang lagi nasib aku. Kelas aku masih ada banyak kekosongan untuk diisi dengan perempuan cantik. Tapi apakan daya, 5 Berlian beroleh durian runtuh pagi ini. Aku dapat bayangkan bagaimana air liur Maahad dan Anep kecur melihat kejelitaan gadis itu yang aku tidak tahu namanya.

Lawa seh budak ni.. Jihah pon tak bole la..

Pek!

Sebuah pemadam white board menerpa tepat ke dahi aku mematikan lamunan aku. Aku terpinga-pinga. Unte di sebelah sedang sakit perut menahan gelak. Ober dan Along di belakang terkentut-kentut menghalang gelak yang membuak. Seisi kelas mengemut keras otot di leher supaya gelak dari perut tidak terhambur keluar.

“Johari! Bila saya bercakap, awak tumpukan perhatian!”
Sial main baling-baling duster lak.

Aku ambil pemadam white board dan berjalan keluar dari tempat duduk aku menuju ke depan sambil memandang tajam pada Cikgu Nurul. Cikgu Nurul dengan muka garang memandang aku sambil bercekak pinggang. Aku letak kembali pemadam white board ke tempat asalnya seraya bergerak keluar dari kelas.

“Hah! Nak pegi mane tu??”
“Toilet.”
Nak pegi Kazakhstan. Skang ni musim durian kat sana.

“Duduk! Cikgu blom habis cakap lagi!”
“Dahi kotor ni.” Aku menghalakan jari telunjuk tepat ke dahi.
Bagi la aku basuh dahi ni kejap!

“Biar kotor! Sape suruh awak tak pay attention dengan cakap saya!”
“2 minit aje.”
Sukati aku la nak dengar radio ko ke tidak.

“Duduk saya kata!”

Dengan selamba tapir aku melangkah keluar dari kelas. Tahniah kepada diri sendiri, aku telah berjaya membangkitkan kemarahan Cikgu Nurul. Guru matematik itu menggeleng kepala melihat aku melangkah marah meninggalkan kelas.

Aku kan keras kepala orangnya.

*********

Kantin Sekolah
6hb Januari 1999

“Ko tido ke kat toilet tadi?”
“Tak de. Ngape?”
Cuba kalo nak bercakap tu, habiskan dulu nasik tu Ober.

“Lama gile ko kluar. Nurul bengang gile ngan ko.”
“Dia cakap ape?”

Ober tercekik lantas meneguk air teh di hadapannya. Waktu rehat sebegini, umumnya kami beramai-ramai akan menjejakkan kaki ke kantin. Pak Wan Kantin memang tersohor dengan nasi gorengnya. Sebenarnya, nasi goreng beliau tidaklah sesedap manapun, tapi jika dibandingkan dengan nasi goreng super-minyak yang dihidangkan oleh pekerja-pekerja imigran di dewan makan, elok lagi nasi goreng Pak Wan Kantin ini.

“Macam-macam la. Dia kata ko bukan anak murid dia la. Dia kata ko tu kurang ajar la. Itu la. Ini la.”

“Ah, biarkan dia. Tak de effect kat aku pon.”
Hehe.. lantak la dia.

Ober menyambung suapan nasinya ke mulut.

“Tapi, kalo dia tak redha ngan ko.. sangkut SPM ko nanti.”
“Pegi mampus dengan SPM!”
Ober.. baru first day. Minggu depan hilang la marah dia tu.

“Rileks la bai. Aku tau ko marah lagi pasal kes Nazihah.”
“Along, ko tak payah susah-susah nak ungkit balik pasal Jihah. Dia dah tak de dalam otak aku ni. Kosong!”

Kenapa nama Nazihah harus keluar ketika ini?

“Haih, emo gile nampak?”
“Yer la, ape kene mengena kena baling duster dengan Jihah?”
Petik nama dia nak buat ape?

“Lek Jo.. bende dah lepas tu, biar la lepas..”
“Heh, ko cakap je senang Long.”
Ko tak kena long.. kalo kena kat ko..

Renyah aku melayan karenah rakan-rakan sebegini, aku mengangkat punggung meninggalkan mereka. Kantin kini sudah semakin reda. Jumlah pelajar pada ketika ini sudah tidak seramai pada 15 minit yang lepas. Masing-masing menghabiskan masa rehat yang masih berbaki kira-kira sepuntung rokok dengan perbualan kosong.

“Ko nak pegi mane ni? Rehat nak habis dah!”
“Aku nak merayau.”
Aku nak pegi usha junior, hehe

Ober dan Along saling berpandangan. Mungkin bagi mereka pelik benar jawapan aku sebegitu.

“Heh?? Lepas ni kelas agama seh... masuk la.”
“Ustat Samurin kan? Malas aku nak masuk. Ustat tu tak best aaa..”
Aku dah cukup agama dah.. tak payah nak blaja-blaja lagi.

“Tak baik seh ko cakap cam tu.. bukan dia yang nak dilahirkan tak best.”
“Ko cakap la aku sakit hari ni. Ada kat bilik sakit asrama.”

Aku melangkah keluar dari kantin tanpa hala tujuan. Dahulu ketika aku masih berada di Sekolah Menengah Victoria, jika aku mahu ponteng kelas, aku tahu ke mana langkah aku tuju. Bilik latihan pancaragam sekolah memang sentiasa kosong. Guru disiplin tidak pernah terfikir mahu menjejak kaki ke sana. Tapi sekarang ini, ke mana aku hendak pergi?

Balik asrama?
Ah, karang kena leter ngan Mak Cik Ita lak.

Pegi surau?
Ah, karang tak pasal-pasal kena sambar kilat.

Dah tu nak pegi mane?

Mata aku tertumpu pada library sekolah.

Macam best je library ni..

*******

 “Mak, Tasha rasa sekolah ni tak sesuai dengan Tasha mak!”

Seorang perempuan bertudung labuh sedang bercakap menggunakan telefon awam di hadapan Dewan Prima. Lama beliau terdiam mendengar setiap bait kata emaknya dari corong gagang. Wayar gagang itu dipintal-pintalnya sehingga bengkok.

“Tapi mak kena faham, Tasha masuk sekolah ni pon bukan sebab Tasha yang nak!”

Natasha mencuka. Suara ibunya yang keluar dari corong gagang disambut dengan cebir bibir yang meleret panjang. Entah apa yang diradangnya dengan emaknya, tiada siapa yang tahu.

“Dah la. Duit dah habis ni!”

Kluk!

Gagang telefon dihempas. Jikalau telefon awam itu mempunyai mulut, pasti sudah dimakinya perempuan ini. Apa bezanya meletak gagang telefon dengan cermat dengan menghempas gagang telefon dengan ganas? Manusia di hujung talian itu tidak nampak kemarahan si pendail nombor. Jadi, untuk apa dihempas gagang itu sekuat hati?

Fak aa! Aku nak pegi mane ni seyy?

Natasha melangkah menghala ke kelasnya. Tahun ini merupakan tahun yang malang buatnya. Entah apa angin ibunya, dia dipaksa dipindahkan dari Sekolah Menengah Agama Tapi Pelajar Perangai Naga ke Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit. Dia terpaksa meninggalkan rakan-rakan seperjuangan. Dia terpaksa meninggalkan guru-guru kesayangannya.

Nak masuk kelas ke?

Kakinya makin lama semakin berat untuk dihalakan ke kelas 5 Berlian. Sebentar tadi, dia dengan ditemani Cikgu Ima sudahpun memperkenalkan dirinya kepada rakan-rakan baru di kelas. Namun, sesuatu yang pelik dan bodoh dirasainya sebentar tadi. Bayangkan, 15 pasang mata pelajar lelaki tak berkelip memandang dirinya. Macam tak pernah tengok orang.

Perangai seperti itu adalah satu perangai kampung yang sepatutnya tidak lagi digunapakai dalam zaman Sekolah Bestari sebegini. Sudahlah begitu, ditambah pula dengan sepasang mata yang mengintainya dari celah tingkap kelas 5 Delima di sebelah. Dia tidak perasan siapa lelaki itu, namun dari celah tingkap itu, rambut meginya jelas terpampang. Mahu rasanya dicungkil biji mata jejaka berambut megi itu. Namun, tidak pernah terlintas di hatinya mahu membawa garpu ke mana sahaja yang dia pergi.

Mata Natasha tertumpu pada satu papan tanda di atas pintu di tingkat 2 blok akademik.

Perpustakaan Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit.

Macam best je library ni..

********

 Perpustakaan
6hb Januari 1999

Ah, inilah yang aku impikan. Suasana sunyi dan sepi. Di ceruk perpustakaan ini, sememangnya tiada siapa yang akan mengganggu aku melakukan aktiviti rutin seorang pelajar berasrama penuh.

Tidur.

Tiba-tiba aku teringat peristiwa tahun lepas ketika peperangan antara aku dengan Ezam di sini. Aku teringat, Ezam memberi amaran pada aku supaya Nazihah tidak aku hampiri. Aku tersengih sendirian. Entah apa nasib Ezam sekarang. Aku harap dia dikenakan hukuman mati mandatori.Tidak pun, disumbat ke lubang penjenayah yang gay. Biar rabak lubang keramatnya dirodok dengan organ kenyal sang penjenayah. Biar jiwa dia terseksa seperti mana terseksanya jiwa Nazihah yang comel itu.

Entah apa nasib Nazihah sekarang?

Aku tidak mampu menipu diri sendiri dengan menidakkan kelibat Nazihah di dalam benak ini. Benar aku rindu pada dirinya, tapi apakan daya? Nazihah sudah hilang tak tau ke mana. Semua sumber komunikasi dengan Nazihah sudah ditutup erat. Aku ditinggalkan terkapai-kapai tanpa sebarang berita mahupun cerita.

Sedih.

Suiz kipas aku putar ke angka 5. Bilah kipas bergerak laju meniupkan angin. Persekitaran semakin sejuk. Mata aku mula melayut layu. Demi tahun baru 1999 ini, aku berazam mahu menjadi pelajar contoh sekolah. Aku mahu menjadi pelajar terbaik sekolah. Aku mahu menja..zzzZZZzzzZZzz...

“Beb, ko ingat library ni tempat tido ke?”
Huh??

Aku mengangkat kepala. Keinginan untuk tidur sebentar tadi padam serta-merta. Kantuk yang menjadi-jadi sebentar tadi hilang tanpa punca. Empunya suara aku cari. Seorang perempuan cantik berada di depan aku. Aku sangat yakin bahawa yang di depan aku ini bukan hantu yang mencelah ketika aku berada di kantin mahupun bilik sakit. Aku yakin bahawa yang di depan aku ini adalah manusia kerana beliau terlalu cantik untuk menjadi hantu.

Keningnya... halus terukir rapi.
Hidung... mancung terletak suci.
Bibirnya.. merah dan kecil berseri.
Dagunya.. runcing minta dibelai.
Pipinya.. gebu minta dicubit.
Matanya... bulat penuh cahaya.

Berbaju kurung piawai, bertudung labuh dan kelihatan ranum.

Apa yang ranum ni Jo? Hmmm...

“Ko ni apehal?”
+ Eh, ni awek lawa yang lalu depan kelas tadi.
- Eh, ni mamat rambut megi kat celah tingkap tadi.

“Beb, kalo ko nak tido.. balik asrama la. Ni tempat orang nak baca buku tau?”
“Ko nak baca buku, ko bacalah. Aku ada amek buku ko ke???”
+ Dem, harap muka je lawa. Perangai cam naga.
- Hek elleh, aku cakap baik-baik.. dia pegi jerit-jerit lak.

“Ko tido kat sini, menyemak aje!”
”Yang ko sebok ngape? Library ni mak ko punye ke?”
+ Mak aih mulut dia... celupar cam haram!
- Hak enna.. main mak bapak lak si rambut megi ni.

“Wei mamat, mak bapak aku ko tak payah petik ok??”
“Dah tu, ko sebok-sebok hal aku ngape??”
+ Ohh.. ko celupar tak pe? Aku celupar tak bole?
- Kurang ajar aa lu mamat.. lu dah main nama mak bapak aku!

Gadis cantik berperangai naga di hadapan aku kini bercekak pinggang. Kerut di dahinya jelas menunjukkan yang dia marah dengan aku. Tapi apa masalahnya? Aku bukan tidur berdengkur yang mampu mengganggu dia belajar. Lagipun, baru hari pertama sekolah. Siapa yang gila hendak mula belajar pada hari pertama persekolahan?

“Kamu berdua buat ape kat sini??”

Kelibat Cikgu Nurul muncul dengan wajah super-cuka. Sejenak aku teringat, Cikgu Nurul selain daripada mengajar matematik di sekolah, beliau juga merupakan guru penasihat kepada Pengawas Perpusatakaan. Dengan kata lain, guru penasihat kepada perpustakaan. Itu yang tersurat. Yang tersiratnya, aku sudah masuk ke ladang buaya. Jika tidak pun, tempat penyembelihan ayam.

Ya, tindakan ponteng kelas dengan ke perpustakaan bagaikan menyerahkan leher secara sukarela kepada Sang Algojo Si Penyembelih Ayam.

“Wah wah wah.. awak dah ada geng ponteng kelas sekarang yer Johari???”

Aku memandang perempuan di sebelah.
Perempuan di sebelah merenung tajam ke arah aku.

+ Sial punye pompuan!!
- Sial punye mamat!!

Author: "--"
Send by mail Print  Save  Delicious 
5 Delima   New window
Date: Saturday, 06 Jan 2007 14:33

5 Delima.
5hb Januari, 1999.

Aku mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja. Berada di barisan belakang di penjuru tepi berhampiran pintu aku rasakan adalah tempat yang cukup strategik. Senang untuk aku ponteng kelas dan senang aku keluar merayau. Cuma yang kurang bagusnya, senang kantoi dengan cikgu. Lebih-lebih lagi Cikgu Reza yang gemar datang menyusup senyap-senyap dari belakang.

Tahun ini, aku sudah naik ke tingkatan lima. Lebih tepat lagi, 5 Delima atau dengan nama yang pihak sekolah ini tidak gemar; 5 Sains 2. Aku tidak mampu masuk ke kelas 5 Sains 1 atau lebih dikenali sebagai 5 Berlian. Kelas ini umumnya adalah kelas yang terbaik di kalangan pelajar tingkatan lima. Mungkin kerana aku terlalu bodoh atau aku adalah penjenayah sekolah yang manja. Atau aku terlalu sedih berkabung dengan kehilangan Nazihah.

Nazihah?

Nazihah Mohd Nazmi secara rasminya telah tiada lagi di Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit ini. Mendapat permintaan khas dari kedua ibu bapanya untuk ditukarkan ke sekolah lain, maka pihak pentadbiran sekolah bersetuju sebulat suara. Sejak kes rogol yang dionarkan oleh Ezam, diberitakan Nazihah agak trauma apabila memasuki Dewan Prima sekolah. Aku dengar, di situlah titik hitam yang pernah berlaku pada dirinya.

Aku terkilan.
Tiada gunanya memutar memori,
Jika yang tersisa adalah kudis,
Tiada bagusnya mengenang kembali,
Jika yang berkudis masih bernanah.

Aku kecewa,
Luka itu maha dalam untuk diubat,
Perpisahan itu maha pahit untuk ditelan,
Yang berlalu, biar kukambus,
Yang tersisa, biar kurebus,

Sehingga hilang parut dan bisa,
Sehingga ketemu pengganti setia.

Tiada seorang pun wakil dari pihak pentadbiran sekolah yang datang memberitahu aku akan hal ini. Dan yang aku paling terasa sekali adalah apabila tiada sepatah kata keluar dari mulut Nazihah sendiri. Tiada surat dikirim. Tiada talian telefon berdering. Aku hanya mendapat tahu akan cerita ini apabila Hazwani memberitahu aku ketika latihan hoki perempuan. Akibatnya? Sebatang kayu hoki patah apabila aku menghayun kayu itu sekuat hati ke arah longkang. Mujur tiada cikgu sukan yang bertugas pada petang itu.

Silap-silap, dengan cikgu tu aku hayun.

Maka, tahun ini aku bermula dengan kehidupan yang baru dengan gaya hidup lama. Masih berupaya mengekalkan rekod jenayah kecil-kecilan tapi pada masa yang sama terlalu pintar untuk dibuang sekolah. Sejak ketiadaan Nazihah, aku sudah semakin liar. Hampir setiap malam aku akan menyeberangi pagar sekolah dan makan roti canai di kedai mamak Badusha nun di hujung simpang pada pukul 2-3 pagi bersama kumpulan Persatuan Pelajar Kacak Tingkatan Empat.

Eh, Persatuan Pelajar Kacak Tingkatan Lima sepatutnya.

Motif kehidupan makin samar.
Motivasi kecemerlangan makin.. makin..
Err.. kecemerlangan tu ape?

Esok secara rasminya semua pelajar tingkatan 5 akan digelar king. Raja tanpa mahkota tapi mampu bermaharajalela. Tahun lepas, sebelum cuti panjang menjelang SPM, Puad mewakili pelajar lelaki sebayanya telah rela hati mencemar duli menurunkan tahta kepada kami semua. Kepada kami, telah diamanahkan beberapa tradisi yang perlu diwariskan. Antaranya adalah tempat menyimpan barang-barang terlarang, tempat menghisap rokok, adab makan di dewan makan, adab menggunakan telefon awam dan acara mandi di dalam tangki simpanan air. Istiadat yang penuh dengan air mata itu diakhiri dengan beberapa libas pelembang dan sepakan padu daripada abang-abang senior tanda memberi restu.

“Rajin skang Jo?”

Lamunan aku dihentikan apabila rakan sebaya yang setinggi smurf datang menegur. Ayun.

“Haih.. biasalah Ayun. Nak SPM kan?”
“Ahaha.. poyolah ko Jo. Awal gile preparation.
Aih, ko ingat ko sorang aje ke nak pandai? Orang lain biar jadik bodo?

“Ko dari mane ni?”
“Aku dari kelas sebelah. 5 Berlian. Kemas sket barang-barang aku. Sedih la, lepas ni dah tak sama kelas dengan ko dah Jo.”
Alamak, 5 Berlian? Ko lagi pandai dari aku la ni?

“Alaa... pindah kelas ke? nanti kalo aku nak manja-manja, nak manja dengan sape?”
“Hehe.. ko kena cari Jihah baru la Jo. Dengan aku tak dapek aa..”
Demit! Jangan sebut pasal Jihah lagi!

“So, apa azam ko tahun ni Ayun? 10A1 ? Best student sekolah? ”
 “Mestilah. Ko?”

“Aku tak pasti lagi. Mungkin aku berazam nak jadik penunggu kutubkhanah. Tak pon menjadi manusia yang berguna.”
Aku nak jadik penjenayah berambut megi.

“Ngape? Skang ni blom cukup berguna lagi ke?”
“Ntah la, aku rasa skang ni aku sampah gile.”
Berguna tu memang la bergune.. bergune untuk buat anak bole la.

“Maksud ko Jo?”
“Ntah la Ayun. Life aku kosong. Hari-hari aku buat bende yang sama. Kalo tak fly malam-malam makan kat Badusha, aku pegi bantai main game kat lab komputer. Lagi tak best, borak-borak kosong masa prep. Paling bangang, tido time prep.”
Rosakkan tandas sekolah pon hari-hari gak aku buat.

Maybe sebab ko asyik buat bende yang sama tiap-tiap hari kot?”
“Tulah pasal. Ye la kot? Ke?”

“Ko nak try cube bende baru tak Jo?”
“Bende baru? Apa dia?”
Makan kuaci dalam tandas?
Baling belon air dari tingkat 3?

“Jap”.

Ayun mengeluarkan sesuatu dari poket baju kurung berwarna merahnya. Kelihatan di tangannya sehelai kertas putih yang berlipat. Terdapat banyak kesan contengan pada kertas itu.

“Tahun ni, aku jadik presiden Perbayu. So, roughly aku ada la prepare bende-bende nak dibuat sepanjang tahun ni. Maybe ko bole join one of the events yang aku akan buat nanti.”
Eh? Presiden Perbayu? Perbayu tu apa?

“Misalnya?”
“Nah, baca note aku ni.”

Nota tangan yang aku rasa dicatat sendiri oleh Ayun itu aku amati. Terdapat beberapa acara yang bakal diadakan tahun ini. Semuanya sekadar contengan cakar ayam. Jelas menunjukkan yang idea itu masih belum mencapai kata putus. Idea akan kekal sebagai idea jika tiada tindakan yang sewajarnya dilakukan. Aku meneliti setiap baris cakar ayam itu.

Persatuan Bahasa Melayu a.k.a Perbayu,
Teater?
Malam Kebudayaan?
Berbahas dan pidato?
Minggu Bahasa Melayu?
Minggu sukan tradisional?

“Astaga Ayun. Ni sumer aku tak leh nak buat Ayun.”
“Mane ko tau ko tak leh buat. Try pon belum lagi.”
Alaa.. ko cakap senang la.

“Tak de acara lain lagi ke?”
“Sementara ni, tak de lagi. Lagipon, bende-bende ni baru dalam kepala otak aku je. Hicom lain maybe ade idea lain.”

“Hemm..”
Tak de acara pukul budak beramai-ramai ke?Kompom aku menang.

“Tapi kan Jo, aku suggestkan ko join teater.”
“Huik? Apsal aa?”
Teater? Berlakon jadik pembuli?

“Ko kan suke tengok perempuan cantik. Geng-geng Pial dengan Aqeesh aku dengar join teater. Aku dengar-dengar je lah. Hehe..”
Ulp!

“Alaa Ayun. Aku tak pandang la perempuan-perempuan cantik ni Ayun. Dah bosan aku tengok diorang ni. Training teater selalu hari apa?”
Selalu je tengok diorang masa training hoki.

“Diorang selalu training petang Sabtu dengan Ahad.”
Petang Sabtu ngan Ahad?

“Alaa Ayun. Leceh la nak training dengan budak-budak tak cukup umur ni. Lagipon, diorang tu gedik je yang lebih. Err.. sape yang handle?”
Gedik tapi best. Hish.. ok gak tu.

“Cikgu Hazilah akan handle training teater. Diorang practice selalu kat Dewan Prima.”
Cikgu Hazilah? Cikgu garang berbulu roma tebal dan tak best tu?

“Hemm.. aku dapat rasakan betapa bosannya teater tu nanti.”
“Memang bosan pon, tu pasal aku ajak ko try, Jo. Dengan adanya ko nanti, barulah training teater tu meriah.”
Demit! Pandai pancing! Mulut manis!

“Ko fikirlah elok-elok dulu Jo. Aku sekadar tunjukkan jalan aje. Yang membukak pintu jalan tu nanti.. ko jugak.”
“Thanks Ayun. I appreciate that.”
“Tak de hal beb.”

Teater.

Aku tak rasa yang aku berkemampuan dalam bidang lakonan. Tidak pernah pula terlintas dalam otak aku bahawa satu hari nanti aku bakal menggantikan Hans Isaac selaku hero dalam drama swasta mahupun cerekarama. Malahan, sampai sekarang pun aku benci menonton siri tv yang penuh dengan kepalsuan hidup dan lari dari norma-norma kehidupan terutama daripada segi perbualan.

Mana ada manusia yang bercakap penuh dengan nahu yang betul dan tatabahasa yang tepat ketika sedang marah?

Tapi, Hans Isaac tu dilahirkan terus pandai berlakon ke?

Perlahan-lahan aku bergerak menuju ke asrama. Suara azan Maghrib sayup-sayup kedengaran dari corong speaker surau. Perkataan teater itu terus terngiang-ngiang di kepala aku.

**********

Asrama Putera.
6hb Januari, 1999.

Pagi yang indah.

Inilah hari pertama persekolahan bermula. Pagi ini juga, perhimpunan pertama pada sessi persekolahan 1998 akan diadakan. Dengan berbekalkan mee goreng getah hasil masakan pekerja-pekerja imigran di Dewan Makan, para pelajar mula beransur-ansur bergerak ke Dewan Prima. Kecuali aku yang masih terkial-kial mencari tali leher dan menggilap kasut hitam aku, rakan-rakan aku yang lain sudah berpusu-pusu bergerak ke blok akademik. Tiada aku pedulikan mereka. Rekod jenayah aku tidak akan dihilangkan begitu sahaja jika aku datang awal ke perhimpunan. Maka, apa gunanya aku tiba awal ke Dewan Prima?

Alamak! Stokin lain-lain sebelah ni!

“Baik kamu semua turun cepat! Kalau lambat, saya kunci pagar!!”
Demit!

Suara serak Cikgu Reza kedengaran. Laungan itu menandakan penggera bunyi asrama telah berjaya dirosakkan. Sengaja Mahathir dan Sat merosakkan penggera itu semalam. Selalunya, penggera asrama akan dibunyikan supaya para penghuni asrama bersiap dengan lebih pantas dan turun dari dormitri bagi mematuhi jadual waktu sekolah. Tapi itulah kesilapannya.

Bunyi penggera asrama tak ubah seperti bunyi penggera di penjara. Adakah kami penghuni asrama Sekolah Menengah Sains Kering Kontang Berkelapa Sawit sewajarnya dilayan seperti banduan?

Aku turun longlai menuruni anak tangga. Pagi ini aku mahu turun dengan bergaya. Lagak seorang raja sesuai dengan status pelajar tingkatan lima. Berpusu-pusu para pelajar junior menuruni tangga. Berselisih dengan mereka membuatkan aku tergelak sendirian. Peraturan sekolah apply hanya pada pelajar junior. Pelajar senior seperti aku yang kacak dan berambut megi ini, peraturan sekolah adalah seperti mural di dinding sekolah.

Baca dan lihat. Tapi bukan untuk diikut.

Seelok aku tiba sahaja di bawah, grel besi telah dikunci. Cikgu Reza tersengih-sengih dari luar melihat wajah bengang aku melihatkan besi grel yang berkunci.

“Haa.. padan muka lambat! Duduk korang dalam asrama ni!”
Bodoh! Kang aku sambung tido kang..

“Alaa cikgu.. lewat 5 saat aje.” Seorang pelajar junior yang dikenali sebagai Tok Sungkur membuat percubaan memujuk.

“Lantak korang!”

Sambil berupaya mengekalkan sengihan kerang busuknya, Cikgu Reza menghidupkan motorsikalnya dan memacu ke arah blok akademik meninggalkan aku dan beberapa orang yang lewat terkulat-kulat di depan besi grel asrama yang terkunci. Salah seorang daripada kami bergerak menuju ke grel dan menggoncang kuat besi grel itu.

Bodoh, ko tak nampak grel tu dah berkunci?

“Nak kluar cam mane ni?” Tok Sungkur bertanya.
“Dah tak leh nak kluar, kite sambung tido aje la!” Aku memberi kongklusi bernas.

“Mane bole Abang Jo, nanti Husin datang ligan kite sumer.. masak kang,”
Husin? Alamak, btol la pulak tu.

Cikgu Husin adalah seorang guru warden yang baru diberi amanah sebagai penjaga kami di asrama. Terkenal dengan kewarakan dan keindahan bacaan Al-quran di surau, beliau juga sering menjadikan rotan setebal 1 inci sebagai arnab peliharaannya. Cukup untuk membuatkan buntut nipis aku berbirat jika disebat tanpa kompromi.

Situasi semakin rumit.
Aku perlu mencari jalan keluar.
Sekurang-kurangnya mampu menyelamatkan buntut aku dari disebat.

Mata aku meliar mencari sebarang alat tajam yang mampu digunakan untuk memotong mangga kunci. Tiada. Yang kelihatan adalah hos bomba di tangga tingkat satu. Otak yang pintar, ligat dan gemar putar-alam aku memberitahu bahawa hos bomba itu mampu menyelamatkan kami daripada dijadikan mangsa “arnab peliharaan” Husin.

“Meh ikut aku.”

Kami bergerak menuju ke hos bomba. Untung pula terdapat hos bomba di situ. Kepanjangan hos bomba itu cukup untuk sampai mencecah ke lantai dan sekaligus membawa kami keluar dari asrama yang terkunci. Aku menarik hos itu sepanjang yang mungkin dan aku lemparkan ke bawah. Ternyata, aku benar-benar adalah jejaka yang pintar disebalik rambut megi yang sekeras dawai. Kegagalan aku dalam subjek fizik dan kimia tidak menghalang aku daripada berfikiran secerdas MacGuyver.

Seorang demi seorang antara kami mula menuruni hos bomba itu. Dimulakan dengan aku sebagai pemangkin idea, aksi ini diikuti pula oleh pelajar-pelajar junior yang lain. Dengan penuh rasa tanggungjawab, aku menunggu sehingga selesai semua orang turun dahulu. Hal ini demikian kerana aku perlu membaling semula hos itu ke tempat asalnya. Aku tidak boleh meninggalkan apa-apa kesan. Dibimbangi taktik ini bakal dihidu oleh warden-warden yang garang bagaikan beruang kutub dicukur bulu.

Akhirnya, tiba giliran Tok Sungkur. Tok Sungkur adalah seorang pelajar junior yang menyerupai watak komik Hong Kong bertajuk Jejak Wira. Sesuai dengan namanya, anatomi fizikalnya juga menyerupai watak komik tersebut.

Gemuk. Padat. Mampat.

“Weh, ko turun elok-elok Tok Sungkur!”
“Bole ni Abang Jo.. senang aje nak turun ni..”
Oih, jangan la hulur buntut dulu!

“Tangan tu lilit kat hos. Jangan terus turun, patah kaki karang!”
“Ok Abang Jo.. bole ni..”
Mak aih, tegang tali hos ni haa..!

“Weh! Lilit hos tu kat tangan ko!”
“Aa.. lilit cam mane?”
Pusing kat tangan ko la mangkuk!

“Pusingkan balut tangan ko!”
“Balut cam mane? Balut macam ni kee... AAAAA.!!!!”

Buk!

Aku pucat kelesian.
Tok Sungkur jatuh!
Masing-masing pakat lari dari situ,
Masing-masing pakat lari langkah seribu.

“Uwaaa..!! Kaki aku...!!”

Aku cuak ketakutan,
Tok Sungkur menangis!
Jika aku tunggu, buntut aku hangus dibelasah.
Jika aku lari, hidup aku celaru dibungkus rasa bersalah.

.. dengan rasa bersalah aku menyusup ke arah surau membuka langkah seribu.

Demit!
Baru first day dah buat masalah!

Author: "--"
Send by mail Print  Save  Delicious 
» You can also retrieve older items : Read
» © All content and copyrights belong to their respective authors.«
» © FeedShow - Online RSS Feeds Reader